Kami di LOTUS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang telah memberikan sokongan padu.
					LOTUS adalah pengeluar terkemuka antaranbangsa yang terlibat dalam bidang ketenteraan, keselamatan dalam negeri dan penguatkuasaan undang-undang di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia. Syarikat kami juga terlibat dengan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu untuk membekalkan kenderaan penyelamat dan peralatan tentera di kawasan peperangan, kawasan mangsa-mangsa perang, kawasan  bergolak yang memerlukan kawalan infrastruktur dan kawasan yang dilanda kemiskinan.
					LOTUS merekacipta dan menghasilkan produk-produk di bawah saranan pakar untuk memenuhi keperluan pengguna. Pengguna dijamin keselesaan dan keyakinan di dalam apa jua misi/keaadaan.